Persidangan Kecemerlangan Pengurusan Modal Insan Ke-6

LATAR BELAKANG
Pengurusan Sumber Manusia merupakan suatu proses terancang yang meliputi aktiviti-aktiviti perancangan tenaga manusia, proses pengambilan dan pemilihan, latihan dan pembangunan kakitangan, pentadbiran upah dan faedah pekerjaan serta perhubungan perusahaan yang bertujuan agar membolehkan setiap individu memberikan perkhidmatan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi.

Cabaran-cabaran seperti kepimpinan, imbuhan dan penyelarasan gaji, etika dan integriti pekerja, penilaian prestasi dasar dan juga penyediaan peluang pekerjaan menjadi isu utama dalam pengurusan sumber manusia bagi melahirkan warga yang cemerlang terutamanya dalam era globalisasi ini. Bagi menangani setiap cabaran berikut, sebuah pengurusan sumber manusia harus merangka dan merancang setiap langkah dalam aspek pengurusan sumber manusia agar berjalan lancar dan mencapai matlamat sesebuah organisasi.

Persidangan “Kecemerlangan Pengurusan Modal Insan” kali ke-6 ini akan menyediakan satu platform perbincangan intelektual bagi mengupas isu dan cabaran semasa yang merangkumi aspek pengurusan pembangunan modal insan. Persidangan ini mengumpulkan pakar-pakar bagi berbincang strategi dan inisiatif pengurusan sumber manusia yang terdiri daripada badan-badan korporat dan agensi-agensi kerajaan bagi
menerajui pembangunan modal insan nasional ke arah globalisasi.

FOKUS PERSIDANGAN
Persidangan tahunan Kecemerlangan Pengurusan Modal Insan yang dianjurkan untuk
kali ke-6 ini memfokuskan kepada aspek-aspek berikut:
  • sebagai satu platform bagi pengamal-pengamal, ahli akademik dan individu yang terlibat dalam pengurusan sumber manusia bagi merancang strategi dan hala tuju pengurusan sumber manusia pada masa kini dan akan datang
  • mengenal pasti cabaran semasa dan potensi pengurusan sumber manusia dalam persekitaran yang penuh dengan perubahan
  • mewujudkan kesedaran dikalangan pengurus dan pengamal manusia kepada peri pentingnya usaha proaktif dan berterusan dalam membangunkan sumber manusia


0 comments:

Post a Comment

Special Highlights

Special Highlights

Special Highlights

Special Highlights