Persidangan Tahunan Teknikal Untuk
Jurutera Mekanikal dan Elektrik 2015 memberi tumpuan kepada isu-isu, cabaran
dan elemen penting dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan elektrikal khususnya
kejuruteraan perkhidmatan bangunan hari ini. Persidangan ini dianjurkan bagi
tujuan meneroka penyelesaian dan kemudahan teknologi terkini sistem misi
kritikal yang efektif dan mampan selaras dengan teknologi cekap tenaga dan
untuk kemajuan kejuruteraan mekanikal dan elektrikal di peringkat tempatan dan
juga global.
Persidangan Tahunan
Teknikal Untuk Jurutera Mekanikal dan Elektrik Ke-2 ini akan memfokuskan
aspek-aspek berikut:
- Meneroka
perkembangan teknologi terkini dan memahami pendekatan terbaik dalam
mengatasi cabaran-cabaran dalam industri kejuruteraan mekanikal dan
elektrik khususnya kejuruteraan perkhidmatan bangunan.
- Mengenal
pasti elemen penting dalam pengurusan aset yang terbaik untuk kumpulan
jurutera dan sebagai asas untuk projek-projek yang berjaya.
- Memaksimumkan
penyelesaian inovatif untuk sistem misi kritikal seperti HVAC (Pemanasan,
Pengalihudaraan dan Penyaman Udara), sistem bekalan kuasa, keselamatan dan
kawalan dengan menggabungkan teknologi cekap tenaga.
- Meminima
risiko dan melindungi asset penting melalui peintegrasian sistem sekuriti
dan keselamatan kebakaran, dan sistem perlindungan kilat.
- Menitikberatkan
budaya kerja selamat dan sihat sebagai asas keselamatan dalam kejuruteraan
mekanikal dan elektrikal.
- Menunjukkan
amalan semasa dan inovatif melalui kajian kes.
·
Untuk maklumat lanjut : http://goo.gl/z3GZXP
Untuk maklumat lanjut : http://goo.gl/z3GZXP
Kindly contact:
Tel: 03-56213630
Fax: 03-56388248
www.comfori.com
info@comfori.com.my
0 comments:
Post a Comment