Monday, 21 September 2015

Tips : Cara Terhebat Motivasi Diri Sendiri Untuk Berjaya

Cara Terhebat Motivasi Diri Sendiri Untuk Berjaya

Motivasi adalah salah satu resepi untuk berjaya, kunci kejayaan matlamat dan impian semua orang. Ramai antara kita hanya tulis sahaja impian, kemudian bersemangat sekejap untuk beberapa hari dan jam kemudian hilang motivasi, terus lupa apa nak buat untuk capai impian itu.
Perbezaan yang paling ketara antara orang biasa dan orang yang luar biasa adalah bagaimana mahu menguruskan kemahuan diri mereka dan bagaimana lebih kerap termotivasi.
Di sini saya lampirkan beberapa cara terhebat untuk motivasi diri sendiri bagi mencapai kejayaan.

1. Adakan “Vision Board”



Adakah anda ada Vision Board? Vision Board adalah satu jenis koleksi gambar apa-apa perkara yang anda nak capai dalam hidup. Apa-apa aje. Gambar itu ditampal pada dinding atau dalam jurnal kecemerlangan anda supaya anda boleh tengok ia dan visualisasi / bayangkan setiap hari. Minda kita merakamnya dalam gambar dan sebab itulah Vision Board sangat berkesan dalam memotivasikan kita.
Ia sangat berkesan bagi membantu untuk mencapai keinginan yang diimpikan.

2. Tulis Impian Yang Diinginkan Setiap Hari


Apa yang anda boleh buat adalah tulis target anda setiap hari pada waktu pagi sebelum buat apa-apa. Hanya ambil buku nota kecil dan lakukannya setiap hari. Anda akan takjub dengan keberkesanan cara ini. Kenapa kena tulis setiap hari? Apabila anda tulis setiap hari, anda sebenarnya mengingatkan diri anda apa yang anda nak capai dalam hidup ni.Anda telah mengambil langkah pertama untuk tekad nak capai juga targetanda bila anda tulis ia di atas kertas. 

3. Inspirasikan Kejayaan Orang Lain


Ia adalah cara effektif dan sangat terbukti untuk memotivasi diri sendiri.Bacalah cerita-cerita inspirasi mereka yang sudah berjaya. Sebab tu membaca adalah penting kerana bila anda membaca cara mereka atasi cabaran dan akhirnya berjaya bina empayar sendiri selepas jerih perih itu, anda akan secara tidak langsung termotivasi.Jika anda tidak suka membaca, anda boleh cari video. Boleh cari video temuramah mereka di Youtube boleh juga memberi kesan.Anda juga boleh temuramah orang-orang berjaya dalam industri anda dikalangan kawan-kawan dan orang terdekat. Selidik cara mereka mencapai kejayaan dan anda juga dapat capai seperti mereka.


4. Fokus Dengan Apa Yang Diimpikan


Apa yang perlu anda buat adalah fikir apa hasil yang anda nak dapat. Bayangkan pandu kereta idaman, melancong tempat impian, jadi kaya, hidup dalam rumah besar yang diidam-idamkan.
Yang memberi motivasi adalah hasil apa yang kita nak, bukan proses mendapatnya. Jadi, anda perlu kerap berangan dan membayangkan pencapaian yang anda nak.fikir tentang ayat-ayat membina yang memberi semangat, anda akan jadi termotivasi. Ingat ye, minda kita lah yang jadikan hidup kita seperti yang kita nak. Kita mesti sentiasa ada target dalam minda dan bersikap positif sepanjang masa.

5. Gunakan Sistem Hadiah


Guna Hadiah untuk motivasi diri anda. Sama macam konsep naik gaji boleh motivate pekerja, begitu juga sistem hadiah untuk diri sendiri. Sebagai contoh, jika anda boleh capai sesuatu dalam target untuk hari ini, anda boleh hadiahkan diri anda dengan tengok wayang, main game, keluar dengan kawan dan lain-lain.


Comfori Sdn Bhd

0 comments:

Post a Comment

Special Highlights

Special Highlights

Special Highlights

Special Highlights